dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak & Mahir Foto

16 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Masak & Mahir Foto merupakan salah satu inisiatif NADI dalam menyediakan peluang pembelajaran dan peningkatan kemahiran kepada komuniti setempat melalui pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal.

Program Mahir Masak memberi peluang kepada peserta mempelajari asas penyediaan makanan secara praktikal, termasuk teknik penyediaan bahan, kaedah memasak serta penghasilan hidangan yang menarik dan berkualiti. Pendekatan secara hands-on membolehkan peserta mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari sepanjang sesi pembelajaran

Antara modul yang telah dipelajari ialah Jus Buah Apple dan Iced Peach Tea, Penyediaan English Muffin serta Penyediaan Kek Chiffon. Melalui modul-modul ini, peserta berpeluang mempelajari teknik penyediaan minuman dan makanan dengan lebih teratur serta memahami asas penghasilan produk makanan yang boleh dimanfaatkan untuk kegunaan sendiri mahupun sebagai idea keusahawanan

Sementara itu, program Mahir Foto memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas fotografi, termasuk teknik pengendalian kamera, komposisi, pencahayaan serta kaedah menghasilkan gambar yang lebih menarik dan berkualiti.

Antara modul yang telah dipelajari ialah Pengenalan dan Sejarah Fotografi serta Jenis-Jenis Kamera, Pengenalan Lensa dan Jenis-Jenis Lensa serta Mengenali Tetapan Smartphone. Peserta turut didedahkan kepada fungsi dan tetapan asas kamera serta telefon pintar bagi membantu mereka menghasilkan gambar yang lebih baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.